maklumat

misi jabatan pertanian

“Memberikan Perkhidmatan Berkualiti dan Berkesan Kepada Pebgusaha – Pengusaha Pertanian Di Dalam Penggunaan Teknologi Tanaman Dan Industri Hiliran Serta Khidmat Regulatori Pertanian Untuk Meningkatkan Daya Pengeluaran Pertanian Negara”

visi jabatan pertanian

Ke arah industri pertanian yang berdaya saing, produk berkualiti & selamat dan pengeluaran mesra alam serta berorientasikan eksport.

matlamat jabatan pertanian

  • Mewujudkan masyarakat tani yang progresif
  • Meningkatkan produktiviti setiap unit pengeluaran melalui pemindahan teknologi.
  • Meningkatkan sumbangan sektor pertanian dalam ekonomi negeri dan negara dengan memajukan tanaman tertentu.

piagam pelanggan

KOMITMEN KAMI ADALAH UNTUK MEMBERI PERKHIDMATAN BERKUALITI DAN MEMBANTU ANDA TENTANG APA JUA MASALAH YANG ANDA HADAPI BERASASKAN PERKHIDMATAN YANG AKAN DISEDIAKAN SEPERTI BERIKUT:-

  • Membekalkan Benih Padi sah mengikut jadual dan amoun yang telah ditetapkan iaitu memenuhi 35% keperluan negara dari enam (6) Pusat Pengeluaran Benih Padi.
  • Memberikan khidmat nasihat teknikal dalam bidang teknologi tanaman padi, tanaman industri dan florikultur dalam aspek pengurusan tanaman, agronomi, pengeluaran benih, mengeluarkan pakej dan mempromosikan teknologi tanaman terkini.
  • Bersedia menerima teguran anda sentiasa untuk memperbaiki perkhidmatan kami.

fungsi jabatan pertanian

  •  Menilai, mengubahsuai serta merumus pakej teknologi daripada agensi/ badan penyelidikan mengikut keadaan setempat dan seterusnya menyampaikannya keoada pengusaha-pengusaha pertanian.
  • Memberi khidmat perundingan dan sokongan teknikal secara pakej usahawan, swasta dan agensi pembangunan pertnaian.
  • Membangunkan Sumber Maklumat Pertanian Negara untuk kegunaan perancangan dan perlaksanaan pembangunan sektor pertanian.
  • Menjalankan latihan di Institut/ Pusat Latihan Pertanian bagi memenuhi keperluan tenaga mahir dalam sektor pertanian.
  • Megawalselia mutu bahan/benih tanaman Negara.
  • Melaksanakan peguatkuasaan Akta Racun Perosak 1974 untuk memastikan racun yang diimport, dikeluarkan dan dijual dalam negra adalahberkualiti dan penggunaannya tidak akan mendatangkan mudarat kepada pengguna, ternakan, tanaman, makanan dan alam sekitar.
  • Melaksanakan penguatkuasaan Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 untuk mencegah kemasukan perosak-perosak asing yang berbahaay dalam negara dan memudahkan pengeksportan hasil-hasil tanman negara untuk memenuhi peraturan kuarantin Negara pengimport.
  • Melaksanakan penguatkuasaan Perintah Kastam (Larangan Mengenai Eksport) 1988 dan peraturan CITES ( Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Bagi Spesis-Spesis Haiwan dan Tumbuhan Liar Yang Terancam Pupus) untuk memastikan bahwa bahan- bahan tanaman dan janaplasma tidak terancam pupus.
  • Megadakan hubungan dan kerjasama dengan organisasi-organisasi di sektor awam dan swasta dalam/luar negara yang terlibat dalm pembangunan, penguatkuasan dan perdagangan pertanian.

objektif jabatan pertanian

  1. Memberi perkhidmatan perundingan, sokongan teknikal dan khidmat nasihat yang profesional dalm pelbagai bidang pertanian khususnya tanman makanan industri hiliran bagi menentukan pengeluaran makanan yang mencukupi untuk keperluan negara.
  2. Membimbing dan mewujudkan pengusaha pertanian yang progresif bagi meningkatkan produktiviti ladang dan pengeluaran pertanian negara.
  3. Mewujudkan kumpulan tenaga kerja yang terlatih dan mahir untuk keperluan industri pertanian.
  4.  Melindungi tanaman- tanaman negar (tanaman industri dan makana) daripada ancaman perosak dan penyakit melalui program perlindungan tanaman dan perkhidmatan kuarantin.
  5. Menentikan keluaran hasil-hasil tanaman makanan yang selamat dan mengawal pencemaran alam sekitar.
  6. Mengawal bahan-bahan tanaman dan bahan janaplasma negara daripada di bawa keluar negara dan terancam pupus.